Khamis, 19 November 2009

lama tak tulis blog ko we ni. marin nga hari ni hujan, tapi we gi jual keropok jugak. hari ni we jual keropok di kilang kat pengkalan chepa. lepas tu pukul 6.30 ptg we gi jual pantai kundur pulak.

muslihah periksa SPM start marin. Lik gi hantar dan ambil dia di sekolah. Gi pukul 7.15 pagi pahtu balik pukul 4.30 ptg. hari ni hari kedua dia periksa. hari isnin ni pulak periksa.

Lik nak gi Kl pagi esok. Anak bini dia duk sana, jadi cuti sekolah bulan ni nga bulan 12 ni, duk sana la dia. balik raya haji minggu depan nga Isla.

Nazri anak Mek Dah Kuala Hau bekwoh hari raya ke5, 1 disember, hari Selasa. Tak tahu la Mahadi boleh balik ko dok nak gi nga Nazaria dia buleh muat ramai.

Zahar anak Jah nikah raya ke3, nikah nga ore Johor.

Rabu, 7 Oktober 2009

PERGI ZIARAH ABAH DI ANAK KERANJI



Malam semalam, jam 9, pergi ziarah abah(ayah mertua Lib) di Anak Keranji, Pasir Mas. pergi dengan mek, Lib, Muslihah dan Karimah. tempah satay rm16 kat satay Baung di Penambang nak makan sama2 kat umah abah.

sampai sana jam 9.40 malam, masuk tengok abah. abah dah ok sikit... dah boleh bangun berjalan sendiri ke bilik air. Yushraf, anak bongsu abah pun ada jugak, baru balik hari isnin dari Kuala Kubu baru, Selangor... dia belajar kat maahad tahfiz di sana.

bertanya khabar dan berita dari abah ma selama lebih kurang sejam. lepas tu sama2 makan satay yang dibawa. lepas makan minta diri dulu nak balik, esok anak2 sekolah. sebelum balik sempat lagi mek minta pucuk ubi nak makan dengan nasi. ma bagi jugak buah katak puru.

balik dan sampai rumah di Kedai Buloh jam 11.30 malam. AlhamdulilLah... syukur abah dah makin sihat. moga terus dipanjangkan umur oleh Allah Ta'ala....

Sabtu, 3 Oktober 2009

ZIARAH RUMAH KAK LAH

Petang ni, jam 3.45 petang mek, Lib, muslihah dan karimah pergi rumah Kak Lah. Kami pergi jam 3.45 petang sampai rumah kak lah jam 5 petang. dalam perjalanan tu singgah di gerai jual jagung di Kg. Tikat beli jagung RM3.00, RM 1.00 satu. Salamku Kubang Kerian dulu, mek nak beli bekas isi air. lepas tu sebelum masuk ke rumah Kak Lah singgah di kedai runcit depan rumah kak Lah, beli kek kurma 1 bagi kat keluarga kak Lah.

sampai rumah Kak Lah, terus buka laptop hidangkan cerita GENG, Upin dan Ipin. sempat la jugak diorang ni tengok separuh cerita geng ni. separuh lagi nanti diorang balik kedai Buloh kot... sebab dah nak balik kedai Buloh, mek nak buka puasa pulak. jam dah pukul 6.10 petang kena balik nanti kesian ko mek buka puasa tengah jalan.

salam blogging

ASSALAMUALAIKUM...

ini adalah blog yang akan memuatkan segala perkembangan keluarga Wan Zakaria b. Wan Ali, kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan.

salam blogging

ASSALAMUALAIKUM...

ini adalah blog yang dicipta khas untuk menjadi diari kepada keluarga Wan Zakaria Wan Ali, Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. Segala perkembangan yang berkaitan dengan keluarga ini akan dipaparkan di sini. Tetapi mungkin ada perkembangan yang tidak sempat dimuatkan akibat kekangan masa, tenaga dan sebagainya adalah diharap maaf...