

Malam semalam, jam 9, pergi ziarah abah(ayah mertua Lib) di Anak Keranji, Pasir Mas. pergi dengan mek, Lib, Muslihah dan Karimah. tempah satay rm16 kat satay Baung di Penambang nak makan sama2 kat umah abah.
sampai sana jam 9.40 malam, masuk tengok abah. abah dah ok sikit... dah boleh bangun berjalan sendiri ke bilik air. Yushraf, anak bongsu abah pun ada jugak, baru balik hari isnin dari Kuala Kubu baru, Selangor... dia belajar kat maahad tahfiz di sana.
bertanya khabar dan berita dari abah ma selama lebih kurang sejam. lepas tu sama2 makan satay yang dibawa. lepas makan minta diri dulu nak balik, esok anak2 sekolah. sebelum balik sempat lagi mek minta pucuk ubi nak makan dengan nasi. ma bagi jugak buah katak puru.
balik dan sampai rumah di Kedai Buloh jam 11.30 malam. AlhamdulilLah... syukur abah dah makin sihat. moga terus dipanjangkan umur oleh Allah Ta'ala....
