semalam kg aku bergelap selama lebih 2 jam. bermula dari jam 5.15 ptg hingga 7.45 malam. masa tu hujan dan disertai guruh kecil. selepas bunyi guruh tiba2 je bekalan elektrik terus terputus. semasa tu aku sedang tengok tv. aku keluar tanya jiran sebelah, dia kata rumah dia pun blackout jugak.
aku ambil keputusan keluar sekejap sambil bawa anak berjalan2 sekitar kampung. jumpa dengan kawan sekolah dulu, Yazid; dia kata 1 kampung blackout mungkin ada mana2 suis terbakar atau wayar putus. berbual2 dengan dia sekejap lepas tu aku pun balik rumah. dah nak masuk maghrib. bila masuk maghrib, aku terus solat dengan ibu dan adik. selepas solat tu, bekalan elektrik kembali pulih, ALHAMDULILLAH... tak perlu bergelap lagi.
bila bercakap pasal blackout ni, aku ter'imagine' macamana lah kehidupan nenek moyang kita di waktu dahulu kala. zaman dimana tidak ada elektrik lagi. macammana mereka boleh hidup, berkeluarga dan bersosial di zaman itu. agak2nya kalau kita dizaman moden ini kembali hidup seperti mereka mesti susah dan payah bagi kebanyakan orang untuk menghadapinya. terutama bagi mereka yang dibesarkan dengan zaman elektrik ini. anak2 yang dibesarkan dengan menonton tv, mendengar radio, menggunakan komputer, video dsb. pasti berasa susah dan rimas untuk hidup dalam keadaan tiada elektrik.
namun, sebenarnya itu semua tidak menjadi masalah kepada golongan yang sudah biasa dengan keadaan tersebut. mereka sudah biasa hidup dengan hanya menggunakan pelita atau lilin di waktu malam. mereka sudah biasa memasak dengan menggunakan dap2ur arang tanpa menggunakan elektrik. apabila hendak membasuh pakaian, mereka pergi ke tepi2 sungai ramai2. di waktu cuaca panas, mereka guna kipas2 yang dibuat dengan bilah2 kayu atau kertas. bak kata orang alah bisa tegal biasa.
tetapi bagi mereka yang tidak biasa dengan keadaan tersebut, hidup ini terasa sangat susah dan sulit untuk dilalui. tiada lagi watak2 kegemaran disiarkan melalui kaca tv. tiada lagi dendangan lagu2 yang mengusik jiwa untuk didengar melalui radio. tiada lagi mesin2 automatik untuk membantu melaksanakan tugas harian di rumah. hidup terasa boring, membosankan, menyeksakan dan teramat tension.
jika difikirkan secara logik, apabila bekalan elektrik tiada, maka tiadalah rancangan2 di tv yang boleh merosakkan minda dan akhlak manusia. tiadalah kelab2 malam yang menjadi salah satu punca tersebarnya maksiat dan perlakuan jenayah. tiadalah konsert2 hiburan yang melalaikan serta boleh menjerumuskan manusia ke arah kebinasaan.
manusia akan dapat hidup aman, bahagia dan selamat. tiada aktiviti2 sosial yang merosakkan. parti2 liar yang menjahanamkan hidup manusia sejagat.
namun, harus diingat bukan itu sebenarnya yang menjadi penentu kepada perlakuan manusia. sama ada manusia melakukan kebaikan atau kejahatan sebenarnya bergantung kepada faktor dalaman seseorang itu. jika hatinya beriman, kuat, bersih, suci maka tiadalah atau kuranglah perlakuan maksiat dan jenayahnya. sebaliknya jika hatinya tidak ebriman, kotor dan tewas dengan pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggila maka rosaklah dirinya, bermaharajlelah perlakuan mungkar dan maksiat, bercambahlah aktiviti2 jenayah dan kezaliman.
cuma, bolehlah dikatakan dizaman nenek moyang kita dulu tidak ada perlakuan2 maksiat dan jenayah seperti yang kita lihat hari ini. jenayah tetap berlaku, maksiat juga tetap ada. cuma cara dan jenis itu berbeza.
seiring dengan perkembangan zaman dan masa, bentuk maksiat dan jenayah juga berubah. dizaman dulu orang merompak diwaktu malam, tetapi dizaman ini siang hari pun ada orang merompak. dizaman dulu orang tidak berani berzina secara terang2an tetapi dizaman ini manusia boleh berzina kemudian divideokan dan dimasukkan ke dalam internet.
ITULAH PERBEZAANNYA!
Isnin, 20 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan